Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul,
seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara
berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan
dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke
seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49,
menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi
di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat
Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,”
Tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi
junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap
orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika
tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
- Niat.
- Menghilangkan najis di badan.
- Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:
“Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:
” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika
seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota
badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah
memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh
anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,
niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2,
iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat
Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh
dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan
mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3,
iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi
kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang
atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya
tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.
Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap
batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah
dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku
ada kotoran yang boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di
bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di
dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Rambut Yang Diwarna :
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain
inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu
diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak
sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan
rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia
mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk
membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan
pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang
menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan
menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza
dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula
akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada
yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal
oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud
menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa
sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari
sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya
menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya
nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.
Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Sebab Perlu Mandi Wajib :
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib
mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebabnya terdiri
daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana
bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.
Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu
keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2
dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut
dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka
tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi
ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula, jika ia
dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seeloknya
ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk
sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress,
perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda,
gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa
bisikkan ‘kata kunci’,
“Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan
kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,
tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang
teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat,
lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah
makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!” Wassalam.
“Ilmu itu cahaya, jahil itu kegelapan”
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
Sumber :
KOTAK KOMENTAR
|
ARTIKEL TERKAIT
Cara Tips Trik
- Inilah Barang yang Haram Untuk Diperdagangkan
- Larangan Duduk Memeluk Lutut Saat Sedang Mendengar Khutbah Jumat
- Ternyata Keputusan Hidup Membujang Dilarang Agama
- Jika Shalat Shubuh Kesiangan, DOSA BESAR kah ?
- Apakah Anda Punya Kecenderungan Suka Sesama Jenis? Coba Ikuti Tes Ini
- Ini Doanya, Agar Anak Kita Tidak Nakal
- Foto Hasil Photoshop, Dari yang Paling Keren Sampai yang Paling Gagal
- 100 Nama anak laki-laki Islam yang bermakna indah
- Ciri – Ciri Anda Terlalu Banyak Menggunakan Smartphone
- Ini Rahasianya Kenapa Pria Tidak Pernah Menang Saat Berdebat dengan Wanita
- 5 Bisnis Sampingan Yang Lagi Gairah Di Tahun 2016
Rohani
- Kebangkitan Turki, Awal Kehancuran Israel
- Inilah Barang yang Haram Untuk Diperdagangkan
- SUBHANALLAH... Mengharukan Sekali, Janji Setia di Medan JIHAD
- Pernah Mimpi Bertemu Orang yang Telah Meninggal, Ini Artinya Sebenarnya
- Hukum Memakai Topi Bagi Seorang Muslim
- Gerhana, Bukan Hanya Sebatas Fenomena Alam
- Larangan Duduk Memeluk Lutut Saat Sedang Mendengar Khutbah Jumat
- Waspada!! Ada Bahaya apa dibalik Film Kartun Naruto?
- Keutamaan Membaca Surat Al-Kahfi di Hari Jumat, Umat Muslim Wajib Tau
- [Biarkan Sejarah Bicara] Suatu Masa, Ketika Islam Menjadi Adidaya
- Ulama Terkenal Saudi Syeikh Aidh al Qarni Ditembak di Filipina Usai Ceramah
No comments:
Post a Comment